Saturday, 19 May 2018

Ramadhan kembali 2018

السلام عليكم وحمة الله تعالى وبركاته
Assalamualaikum w.b.t
Permulaan dalam menulis, hikayat manusis yang pelbagai dan pandangan.

17/5/2018.
Bulan ramadhan tiba lagi, dan semua umat Islam seluruh dunia menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Persoalannya, kenapa umat Islam bergembira? Kerana di di bulan yang mulia inilah, Allah telah menurunkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, dikurniakan malam yang paling baik dari seribu bulan, namanya lailatul qadr (ليلة القدر). Bulan ramadhan juga Allah telah mengikat syaitan-syaitan daripada menghasut manusia untuk melakukan keburukan dan maksiat.
Umat Islam perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang begitu indah ini. Insyaallah, kita semua akan memperoleh ganjaran daripada Allah atas segala usaha dan penat lelah sepanjang menjalani inadat puasa.


Hamba yang faqir.

No comments:

Post a Comment