Saturday, 19 May 2018

Indahnya akhlaknya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
18/5/18
Bismillah, 

Hari kedua umat Islam seluruh dunia, menjalani ibadat puasa untuk mencapai redha Allah.
Pada hari jumaat 18/5/18, aku mengambil sedikit ruang selepas solat subuh, untuk melihat facebook  sudah menjadi sesawang selama 5 hari. Pada kesempatan itu, aku melihat banyak post2 yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia yang yang baharu, peristiwa nakbah pelastin, dan macam-macam lagi. Semasa tengah ralit mengscroll fb, aku terarik pada satu video yang telah di pos oleh satu organization, iaitu video ucapan Prime Minister of Canada, Justin Trudeau. He has made a special dedication to all the muslim's Canadian for the coming of Ramadhan. Aku begitu teruja melihat betapa indahnya jika beliau seorang Muslim. Di permulaan video itu, beliau mengucapkan Assalamualaikum. Menitis air mata ini, apabila mengingatkan betapa beliau menghormati umat Islam. Semoga kita semua di berikan hidayah oleh Allah. Sekian.


Fiqri min faqir



Ramadhan kembali 2018

السلام عليكم وحمة الله تعالى وبركاته
Assalamualaikum w.b.t
Permulaan dalam menulis, hikayat manusis yang pelbagai dan pandangan.

17/5/2018.
Bulan ramadhan tiba lagi, dan semua umat Islam seluruh dunia menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Persoalannya, kenapa umat Islam bergembira? Kerana di di bulan yang mulia inilah, Allah telah menurunkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, dikurniakan malam yang paling baik dari seribu bulan, namanya lailatul qadr (ليلة القدر). Bulan ramadhan juga Allah telah mengikat syaitan-syaitan daripada menghasut manusia untuk melakukan keburukan dan maksiat.
Umat Islam perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang begitu indah ini. Insyaallah, kita semua akan memperoleh ganjaran daripada Allah atas segala usaha dan penat lelah sepanjang menjalani inadat puasa.


Hamba yang faqir.